Friday, 1 January 2016

13 TABIAT YANG PATUT DIBERHENTIKAN PADA 2016 AGAR LEBIH PRODUKTIF

Untuk menjadi produktif, ia adalah tentang bekerja dengan lebih bijak, bukan keras dan menjadikan setiap hari dengan sebaiknya.

Sementara hal ini bukan senang untuk dielakan, menyiapkan satu-satu kerja dengan masa yang singkat adalah satu matlamat yang boleh dilaksanakan jika anda tidak sabotaj dengan tabiat yang tidak baik.

Berikut adalah 13 perkara yang anda sepatutnya berhenti jika ingin lebih produktif.

1. Melayari website secara tiba-tiba

Sememangnya capaian internet senangtiasa ada pada masa bekerja, ia memang senang untuk sambil-sambil mencari persoalan rawak yang tiba-tiba muncul dalam fikiran.

Ada seorang pengguna Quora mencadangkan agar kita tulis persoalan-persoalan rawak ini dalam buku nota. Dengan cara ini, anda boleh cari maklumat tersebut kemudian, bila anda tidak dalam waktu bekerja.

2. Multi-tasking

Memang ramai yang fikir mereka sememangnya bagus dalam membuat dua urusan dalam satu masa, kajian saintifik mendapati cuma 2% daripada populasi mampu membuat multi-tasking dengan efektif.

Bagi yang lain, multi-tasking adalah tabiat buruk yang boleh menurunkan masa tumpuan dan jadikan kita kurang produktif untuk tempoh masa panjang.

3. Menyemak emel sepanjang hari

Capaian internet yang sentiasa ada boleh menjebakan kita senagtiasa menyemak emel sepanjang hari. Yang sedihnya, setiap kali anda buat perkara tersebut, anda kehilangan 25 minit masa bekerja. Lebih sedih lagi, sentiasa menyemak emel boleh membuat anda lebih dungu.

Adalah lebih baik untuk tutup aplikasi Outlook, tutup tab emel, dan matikan telefon anda untuk 30 minit masa untuk kerja yang 'in-zone'.


4. 'Aku dah buat benda baik ni, so tak apa lah nak buat ...' (Moral licensing)

Apa pun dari diet yang baru, rutin bersenam dan jadual kerja; perkara yang sukar untuk membina tabiat yang baru adalah perasaan untuk mengelat sebagai ganjaran membuat rutin yang baru itu untuk tempoh yang singkat.

Idea ini 'moral licencing', adalah perkara yang difikirkan sebagai 'layak' untuk dibuat selepas bersusah payah untuk seminggu, ia membantutkan perancangan ramai orang untuk memperbaiki diri sendiri.

Sebaiknya, cuba jadikan matlamat itu sebagai sebahagian identiti anda, di mana anda fikir anda adalah orang yang selalu menyimpan duit atau bekerja, daripada sebagai seseorang yang bekerja bertentangan dengan diri sendiri untuk membuat sesuatu yang baru.

5. Meletakan tugasan yang terpenting sehingga waktu terakhir dalam hari

Orang biasa melakukan perkara yang mudah pada awal harinya, untuk mereka mula bergerak dan meninggalkan tugasan sukar untuk kemudian. Ini adalah idea yang tidak bagus, dan selalu menyebabkan seseorang menjadikan kerja yang sukar itu tidak dapat disiapkan langsung.

Ada penyelidik mendapati, manusia mempunyai kekuatan kehendak (willpower) yang terhad, dan ia akan menurun berkala dengan masa seharian. Bedasarkan hal itu, ia adalah terbaik untuk buat kerja yang paling sukar, paling penting disiapkan pada awal hari.

6. Menghadiri terlalu banyak mesyuarat

Tidak ada yang boleh membantutkan aliran produktiviti selain dari mesyuarat yang tidak perlu. Dengan adanya tool seperti emel, IM dan video chat, adalah terbaik untuk membuat meeting hanya kepada pengenalan dan diskusi yang serius yang hanya boleh dijalankan secara bersua muka.

Pengasas BlueGrace Logistics, Bobby Harris menggalakan orang jangan terima mesyuarat melainkan orang yang mahu membuat mesyuarat mempunyai agenda yang kukuh, dan tahu berapa lama masa yang diperlukan untuk mesyuarat tersebut. Lebih dari itu, Harris juga menganjurkan memberi separuh sahaja masa dari masa yang diperuntukan awalnya.

7. Duduk sepanjang Hari

Nilofer Merchant, konsultan bisnes, berkongsi dengan audien TED bagaimana dia membantu banyak syarikat ternama membangunkan idea baru dengan berjaya: mesyuarat sambil berjalan.

Dia menganjurkan melupakan kopi atau bilik konferens yang disinari cahaya fluroscent kepada berjalan dan bercakap 20 ke 30 batu (atau 32.2 km ke 48.28km)  seminggu.

"Anda akan terkejut bagaimana udara segar memandu anda untuk berfikir secara segar, dan dengan cara ini, anda akan membawa dalam hidup anda satu set idea yang sangat berbeza," Merchant berkata.

8. Menekan butang Snooze

Mungkin dengan menekan butang snooze seperti memberikan anda sedikit rehat yang ekstra untuk memulakan pagi anda, tetapi yang sebenarnya it memburukan dari memberikan yang baik.

Hal ini kerana, apabila anda bangun, sistem endocrine anda mula untuk melepaskan hormon kesiapsiagaan untuk bersedia untuk memulakan hari anda. Tetapi, dengan kembali tidur semula, anda melambatkan proses ini. Tambahan pula, 9 minit tidak memberikan tubuh anda masa untuk mendapatkan tidur yang 'sempurna' seperti yang didapati dari tidur lena (deep sleep).

Hal ini tidak juga mengatakan anda patut kurangkan waktu tidur anda. Seperti Arianna Huffington mendiskusinya dalam TED, tidur malam yang baik mempunyai kuasa untuk meningkatkan produktiviti, kegembiraan, membuat keputusan yang bijak, dan menjana idea yang lebih besar. Rahsia untuk dapatkan tidur yang cukup adalah membuat perancangan awal dan tidur pada tempoh masa yang bersesuaian.

9. Gagal untuk memberi keutamaan

Ada sesetengah berfikir, mempunyai banyak matlamat adalah cara terbaik untuk mencapai kejayaan ー jika satu idea gagal, sekurang-kurangnya ada banyak perkara yang boleh di cuba.

Malang sekali, perkara ini akan mengunjurkan kepada perkara yang sangat kurang produktif.

Warren Buffet ada antidot yang sempurna. Dengan melihat pilot peribadinya tidak dapat mencapai matlamat hidupnya, Buffet menyuruh beliau untuk menyenaraikan 25 perkara yang dia mahu siapkan sebelum mati. Dari pada mengambil langkah kecil kepada mencapai salah satu matlamat tersebut, Buffet menasihatkan pilot itu memilih 5 perkara yang paling penting dan lupakan matlamat yang lain.

10. Terlebih rancang

Banyak orang yang bercita-cita tinggi dan sangat teratur cuba untuk memaksimakan tahap produktiviti dengan merancang dengan sangat rapi, sampai tahap setiap jam dalam masa sehari. Malang sekali, perkara tidak selalu berjalan seperti yang dirancangkan, perkara boleh jadi seperti anak tidak sihat atau tugasan yang tidak dijangkan boleh menyebabkan kucar-kacir untuk sepanjang hari.

Akan tetapi, anda mungkin boleh cuba merancang untuk 4 atau 5 jam untuk pekerjaan yang sebenar untuk setiap hari, untuk itu anda boleh menjadi lebih fleksible pada masa kemudian.


11. Kurang rancang

Seperti yang di atas, anda seharusnya mengambil masa untuk membuat strategi sebelum mencuba untuk mencapai apa-apa matlamat jangka masa panjang. Cuba untuk menghabiskan projek yang sedang dalam proses perjalanan boleh menyebabkan kekecewaan dan membazir banyak masa.

Pensyarah Harvard, Dr. Robert Pozen, menyarankan agar pertama sekali menyatakan apa hasil akhir yang dimahukan, kemudian bentangkan langkah-langkah untuk mencapainya. Sekali anda sudah dalam tempoh pertengahan, anda boleh menyemak kembali kerja anda untuk memastikan anda dalam landasan dan boleh membuat pemindaan yang bersesuaian.


12. Meletakan telefon sebelah katil

Skrin LED dari telefon pintar, tablet dan laptop memancarkan sinaran biru, yand dikaji dapat mencacatkan penglihatan dan mengurangkan penghasilan melatonin, hormon yang mengawal selia kitaran tidur.

Penyelidikan juga menyatakan tentang orang yang mempunyai aras melantonin yang rendah lebih cenderung untuk menjadi murung.

13. Kesempuraan

Sebab penangguhan, selain dari kemalasan, adalah takut jika tidak membuat kerja dengan terbaik, kata ahli falsafah British dan penulis Alain de Botton dalam websitenya 'The Book of Life'.

"Kita bermula untuk bekerja hanya bila kita takut untuk tidak berbuat apa-apa, melebihi takut untuk membuat nya secara sangat baik... dan ia akan makan masa," dia menulis.

Satu-satunya cara untuk mengatasi penangguh-nangguhan adalah mengetepikan kesempurnaan dan kurangkan melihat dalam perincian bila anda mulakan sesuatu. Anggap tugasan itu tidak penting dan ia adalah OK untuk rosakan ia boleh membantu anda untuk memulakan dengan lebih cepat.


* diolah dalam bahasa Melayu dari sumber: Business Insider : http://www.businessinsider.my/bad-habits-that-are-killing-your-productivity-2015-12/

No comments:

Post a Comment

Moving Out in Cyberjaya

I have been busy for weeks for moving out phase. I am moving out from terrace to a condo house also in Cyberjaya. So there is so much help...