Thursday 3 December 2015

DALAM BISNES GAGAL ITU BIASA

Kegagalan. Biasa sahaja. Bukan suka buat kegagalan, tapi kegagalan adalah benda yang boleh diexpect. Belajar dari kegagalan. Learn from mistakes. Lupakan tapi ambil sebagai torchlight untuk masa hadapan.

Dalam dunia ni siapa yang tak pernah gagal. Yang gagal itu lah diambil pengajaran. Yang gagal itulah diambil teladan.

'Berani Gagal'. Dare To Fail.

Gagal tu bermaksud perkara yang kita tak inginkan. Kita tak suka. Kita tak nak. Benda yang melukakan fizikal, emosi, batin, perhubungan dan pelbagai lagi.

Kalau emosi tak terima gagal itu, kemungkinan besar akan terus bermain biola, dan tiada tenaga untuk bangkit balik.

Yang paling teruk adalah orang yang tak mengaku gagal.

Mereka sebenarnya gagal, tapi tidak mahu mengaku kegagalan sendiri, atau mungkin rasa dia sebenarnya gagal, tapi tak nak berusaha untuk memperbaiki kegagalan. Atau dalam kata lain EGO. EGO tu bagus. Tapi kalau diletakan dalam konteks tidak mengaku kegagalan/kesalahan, apa yang boleh dijangka dalam masa hadapan? Terus menerus gagal bukan?

Sekurang-kurangnya mengakui kegagalan adalah kunci kepada pintu untuk belajar memperbaiki diri dan syarikat.

Kegagalan kecil hari ini, adalah satu pengajaran yang tidak ternilai untuk masa hadapan yang mungkin lebih mencabar dan gila-gila mencabar. Kita tak tahu apakah bentuk ujian dan dugaan yang diberikan Allah pada masa akan datang.

Betul, Allah yang memberikan masalah, sebab kita yang bodoh. Kita yang banyak buat salah. Jadi Allah nak berikan pengajaran untuk kita yang bodoh. Kita sebenarnya nak usaha kembali kepada Sang Pencipta. Allah tahu apa isi hati sebenar dalam hati-hati manusia ini, walaupun luaran yang mungkin sangat berbeza (contradict / misconception).

Itu sebab first impression tu penting... tapi tu bab lain pula :)

Point dia adalah mari musahabah diri bila kita bertemu dengan kegagalan. Matlamat kita adalah 101 Impian yang kita tuliskan. Jangan hilang fokus. InsyaAllah dunia kita nak, apatah lagi Akhirat itu yang selamanya.

Semoga pembaca budiman dapat sesuatu dari posting blog saya. Saya sangat beremosi ketika menulis post ini.

Muhammad Hijazi
Founder iReka Soft Enterprise



No comments:

Post a Comment