Tuesday, 19 January 2016

Berapa Banyak Tidur Yang Saya Perlukan?

#Kitaran-tidur #kurangTidur #macamManaNakTidurDenganBaik

Bila masa anda terkejar-kejar dengan masa untuk memenuhi tugasan seharian, macam mengurangkan waktu tidur adalah jawabannya sahaja. Siapa yang mampu memenuhi masa untuk tidur? Sebenarnya anda tak patut untuk tidak tidur. Malahan kalau kurang tidur akan menyebabkan anda kurang mood, tenaga dan kemampuan untuk menangani tekanan. Dengan memahami keperluan untuk tidur malam, dan tahu bagaimana untuk menangani dari kekurangan tidur yang teruk, anda boleh mendapatkan kitaran tidur yang sihat pada akhirnya.


Kepentingan Tidur

Ramai antara kita cuba untuk tidur sedikit yang mungkin. Banyak benda di luar sana yang boleh menarik perhatian dari pada untuk tidur lebih masa, sepertimana keperluan bersenam dan makanan yang seimbang, begitu juga dengan tidur. Kualiti tidur secara langsung berkaitan dengan kualiti masa berjaga, termasuk ketajaman mental, produktiviti, keseimbangan emosi, kreativiti, daya hidup fizikal, dan juga termasuk dengan berat badan. Tiada aktiviti lain yang boleh beri pelbagai kebaikan dengan sedikit usaha!

Memahami Tidur

Waktu tidur adalah bukan masa di mana badan dan minda behenti berfungsi. Semasa anda berehat, minda masih sibuk, menyelia pelbagai aktiviti biologi untuk mengekalkan badan anda dalam kondisi yang terbaik, dan menyediakan untuk hari mendatang. Tanpa waktu tidur yang cukup untuk tidur pemulihan, anda tidak dapat bekerja, belajar, mereka, dan berkomunikasi pada tahap yang anda sepatutnya boleh capai. Selalu mengurangkan "servis" tersebut anda akan menuju kepada kerosakan mental dan fizikal yang teruk.

Berita baik, anda tak perlu untuk memilih antara produktiviti dan kesihatan. Bila anda mula mendapakatkan waktu tidur yang anda perlukan, tenaga dan efisiensi anda juga akan meningkat. Malahan, anda akan dapati lebih banyak kerja yang boleh diselesaikan pada waktusiang dari pada mengurangkan tidur anda.

Berapa Jam Tidur yang Saya Perlukan?

Menurut Institut Kesihatan Kebangsaan, purata dewasa tidur adalah kurang dari 7 jam semalaman. Dalam zaman serba pantas ini, 6-7 jam tidur dengar macam bagus. Secara realiti, ia adalah resipi untuk kekurangan tidur yang kronik.

Dia ada perbezaan yang besar di antara jumlah tidur yang anda boleh dapat dan juga jumlah yang diperlukan untuk berfungsi secara optimum. Dengan hanya kerana anda boleh beroperasi dengan 7 jam tidur tidak bermakna anda akan tidak berasa lebih hebat dengan meluangkan lebih masa dalam 1 ke 2 jam pada katil

––––––––––

Tahap-tahap Tidur : Tidur REM dan tidur bukan-REM.

- tidur bukan-REM: 3 tahap tidur.
- tidur REM (Rapid eye movement)  bila anda dalam mimpi yang aktif. Mata anda sebenarnya bergerak ke hadapan dan kebelakang pada fasa ini, sebab itu dipanggil Rapid eye movement.

––––––––––

sumber: http://www.helpguide.org/articles/sleep/how-much-sleep-do-you-need.htm






No comments:

Post a Comment

Moving Out in Cyberjaya

I have been busy for weeks for moving out phase. I am moving out from terrace to a condo house also in Cyberjaya. So there is so much help...