Saturday, 30 January 2016

Seminar My Documents - Urus Bisnes Gaya Korporat

Pada tanggal 30 Januari 2016, saya telah menghadiri program Seminar My Documents dengan tagline 'Urus bisnes gaya korporat' yang di kendalikan oleh Tuan Abdul Basit. Secara ringkat berikut adalah antara perkara-perkara yang dipelajari sepanjang program yang berdurasi 5 jam.

• Video intro (tengok telefon anda) countdown dan sedikit warming up.

3 Perkara Pokok yang akan dipelajari:


1. Kenapa seseorang owner bisnes susah nak kembangkan bisnesnya.
2. Bagaimana bisnes boleh diperkembangkan dengan roda bisnes.
3. Bagaimana urus bisnes dengan file system.

"Jangan berkira-kira dengan ilmu" 
Ketika kita rasa kita dah tahu banyak perkara, kita sudah mendekati kegagalan. "Aku dah tau!.." 
Peten orang yang berjaya adalah: "mereka tak berhenti belajar dan suka kepada majlis ilmu.
"Jika ada masalah, back to your parents"

4 Jenis Guru-guru yang Penting


1. Guru Motivasi & Keberanian.
- siapa guru yang boleh marah anda.
- manusia ibarat seperti handphone dimana perlu sentiasa dicas.

2. Guru Teknikal & Operasi
- guru dalam industri anda
- beliau telah terbukti dalam bidangnya

3. Guru Pengurusan & Sistem
- pakar dalam pengurusan bisnes, agreement, file dan sebagainya

4. Guru Agama & Kerohanian
- segala usaha yang dilakukan hasilnya hanya dengan izin Allah
- guru yang memperbaiki keagamaan dan kerohanian

"bila kita berhenti belajar, kejayaan berhenti mencari kita"
"Dalam bisnes, tidak penting siapa yang mulakan, tapi siapa bersama kita jauh lebih penting" 

Mentaliti Bisnes

1. Pengusaha
- 'cakap pandai, buat belum tentu'
- idea generator

2. Pengurus
- kuat membebel
- orang buat sistem
- suka marah-marah

3. Pembuat
- sangat berkira-kira
- susah nak percayakan orang
- pantang dicabar
- semua benda dia nak buat
- pantang nampak duit
- kebanyakan orang bermula dari mentaliti ini
- dan susahkan orang itu untuk tinggalkan bisnes beliau.

6 Roda Pengurusan 





Perihal Documents

Dokument adalah apa sahaja yang berbentuk rekod. Ia adalah rahsia samaada bisnes anda bernilai tinggi atau tidak.

Cuba tengok resit, ia tidak sepatutnya dibiarkan terperap dalam dompet anda. Sila fotostat dan masukan dalam file yang sepatutnya. Resit tidak semestinya disimpan dalam satu file sahaja.

TIPS: 1 file dibuka dengan satu tujuan.

"Bisnes bukan main-main, kalau main-main jangan bisnes".
"orang pandai cari ilmu untuk bekerja, orang berjaya cari orang pandai untuk bekerja dengannya"

Formula Urus File : 3M


M: Merekod 
- segala jenis rekod yang ada.
- mendokumentasikan apa sahaja (SOP, surat perlantikan dan sebagainya.)

M: Mengelas
- kelaskan mengikut 6 jenis pengurusan mengikut 6 roda di atas.

M: Menyusun
- boleh gunakan warna untuk mewakili jenis.
- boleh letak nombor dan kod.


______

Ada beberapa perkara lagi tentang perihal isi dokumen seperti agreements, timeline progress, job description, document admin, HR, claim dan pelbagai perihal isi dokumen yang biasa orang bisnes tahu.

Extra: ESBI (Formula Rober Kiyosaki). VMO (Vision, Mission, Objective) akan dikupas pada next post.

Sekian sahaja post tentang My Documents ini, saya telah tahu tentang seminar ini beberapa bulan lepas, dan memang sedikit sebanyak memberi input berguna bagaimana nak uruskan bisnes secara lebih sistematik.

_______

Nak belanja gambar sikit.







No comments:

Post a Comment

September 2017: State of iReka

We had several discussion points for app businesses last month: for Cyberjaya city. For Cyberjaya city, the council seems like the idea of...