Thursday, 4 May 2017

SyPhy Demo Day

Semalam telah berlangsung acara demo day di Magic Cyberjaya di mana terdapat beberapa startup mempamerkan kehebatan mereka di acara tersebut.

Salah satu nya dari client juga rakan untuk buat mobile iOS app. Tapi dekat di situ dinyatakan bahawa app ini 'masuk dalam almari' dulu. Tak da masalah pun. Cuma benda ni kita boleh predictkan. Biasakan bila ada client macam ni, mereka just saja je mintak itu dan ini untuk melengah kan masa dia untuk buat keputusan supaya tak nak teruskan development.

Benda ni just hati-hati dan perlu aware sahaja lah. Rezeki kita ada dekat mana-mana pun.

OK. Selain itu ada juga berjumpa dengan orang medical device trader. Beliau ada tanya soalan killer ni. Kenapa Android dengan iPhone development nya berbeza dan Android lagi susah. iPhone tak susah ker??

Hmmm. Susah kan nak jawab soalan macam ni. Dia mungkin ada kaitan dengan experience dan capability seseorang programmer tu. Termasuk juga dengan preference. Dan juga kepoweran komputer yang ada.

Apa yang boleh saya nyatakan buat iPhone ni lagi 'sedap' lah. Stabil, laju dan sempurna.

Android, awal-awal dulu memang clumsy giler. Sekarang dah ada Android Studio dan pelbagai lagi peralatan menarik, memang menarik saya untuk belajar Android, sehingga ke hari ini.

Jadi... kesimpulan nya develop untuk iPhone lebih rewarding. Berbanding Android. Tapi since ramai gila pakai Android kita pun kena lah juga untuk kasi bagi mereka service juga. Rasa tak lengkap pulak kan.

Sekian dulu dari saya Hijazi, untuk iReka Blog.

No comments:

Post a Comment

September 2017: State of iReka

We had several discussion points for app businesses last month: for Cyberjaya city. For Cyberjaya city, the council seems like the idea of...